Dato’ Aidit Bin Ghazali

Kenyataan Dato’ Aidit Bin Ghazali

JATI perlu menjadi wadah harapan umat yang sedang mencari jawapan pada pelbagai persimpangan hidup yang dikaburi oleh mereka yang sanggup meletakkan habuan sementara sebagai penyebab untuk menggadai kepentingan Islam, umatnya dan Institusi Raja sebagai pemayung agama Islam.

Dalam Islam sendiri, kesederhanaan adalah penting.

Begitu juga dengan pemikiran yang rasional. Bermakna. faktor Islam dalam pendekatan wasatiah atau sederhana perlu dijadikan agenda dalam proses pembangunan dan perubahan.

Globalisasi yang datang sedang mengukuhkan faham kapitalisme baru, faham liberal dan neo-liberalisme yang cuba menafikan peranan agama sebagai sumber pedoman dalam kehidupan.

Ada negara yang umat Islamnya majoriti dan yang bukan Islam minoriti. Pertimbangan wasatiah adalah dituntut. Ada negara umat Islamnya minoriti dan bukan Islamnya majoriti, kebijaksanaan secara wasatiah adalah amat perlu. Malah terdapat negara yang hampir semuanya Islam, tetapi kedapatan aliran pemikiran dalam orientasi yang pelbagai, ia juga menuntut pendekatan wasatiah.

Pendekatan wasatiah bukan bermakna kita menolak prinsip-prinsip yang Islami. Pendekatan berimbang ini amat sesuai menghadapi realiti kini.

Ia menuntut sikap kreatif dan proaktif umat Melayu memikir, mengolah dengan bijaksana supaya perubahan terjadi di segenap tahap tetapi sifatnya patuh-syariah (syariah compliance) tetap dijadikan pedoman.