Info JATI

Kenyataan Akhbar Mengenai Isu Ad-deen Dalam Perlembagaan Malaysia

Kenyataan Presiden Pas untuk tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi sebaik pembangkang berpeluang mengambilalih Kerajaan Persekutuan mendedahkan kekeliruan pemimpin ini sendiri bahawa Islam sebenarnya adalah agama Persekutuan, bukan sekadar agama rasmi.

Namun, kenyataan pemimpin politik ini juga sebenarnya sekadar ingin meraih sensasi murahan kerana ia tidak lebih dari permainan semantik yang memakan diri pemimpin politik ini sendiri.

Saat di mana PAS merendahkan dasar perjuangannya pada penubuhan negara kebajikan dan bukan negara Islam, maka kenyataan kononnya nakkan Islam sebagai Ad-Din dan bukan agama rasmi boleh ditafsirkan sebagai kenyataan yang mengelirukan kerana wujud percanggahan.

Di satu segi, Islam sebagai Ad-Din lebih menyeluruh dari dasar PAS yang memperjuangkan negara kebajikan. Tapi di satu segi lain, mengapa nak wujudkan Islam sebagai Ad-Din jika di peringkat parti hanya nak perjuangkan sesuatu yang bersifat juz’iyy seperti kebajikan?

Justeru, umat Islam tidak perlu diperangkap untuk kagum dengan hajat Presiden PAS ini yang jelas tidak konsisten dengan kenyataan2 dasar parti PAS.

Y.bhg. Dato’ Aidit Bin Ghazali
Ketua Turus JATI