JATI mempunyai MISI dan VISI yang tersendiri. Misi dan Visi ini akan menjadi pandu arah JATI dalam sebarang usaha untuk memberikan kefahaman yang lebih kepada masyarakat. Di bawah ini adalah huraian dan senarai Visi dan Misi JATI:

Jika masyarakat mengandaikan JATI memenuhi senarai prasyarat berikut (yang dikategorikan sebagai MISI),JATI MALAYSIA

  • Bergerak atas maklumat yang sahih;
  • Jelas dengan pendirian terhadap IMR;
  • Mementingkan tahap haibah dan thiqoh di kalangan ahli-ahlinya;
  • Berjaya dalam menggerakkan sokongan padu seramai mungkin pihak lain terhadap perjuangan IMR;
  • Mempunyai organisasi gerak kerja yang mantap;
  • Mempunyai persiapan terhadap senario-senario terburuk dan luar jangkaan;
  • Bijak menyepadukan antara prinsip dengan fleksibiliti;
  • Berjaya mewujudkan ikon-ikon yang berkesan; dan,
  • Mahir dalam pengurusan mikro (iaitu bersifat fokus pada sebahagian kecil sasaran dan bukannya semata-mata mengharapkan impak dari program massa);

Maka, dalam konteks memperjuangkan agenda IMR, Insya’Allah JATI mampu memberi kepada umat Islam dan masyarakat Malaysia amnya ( yang dikategorikan sebagai VISI):

JATI MALAYSIA

  • Penjelasan pada isu-isu berkaitan IMR;
  • Pengukuhan kepada umat Islam khasnya bahawa JATI akan mempertahankan IMR dari digugat;
  • Hala tuju IMR di negara Malaysia, sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia;
  • Tindakan yang menyeluruh berlandaskan pada tuntutan aqidah Islam yang meliputi semua dimensi hidup dunia dan akhirat;
  • Ketenangan kepada umat Islam yang telah dibelenggu dengan sindrom kecewa terhadap perpecahan umat;
  • Keinsafan terhadap ancaman-ancaman pada aqidah Islam dalam pelbagai bentuk manifestasi;
  • Pembelajaran pada tuntutan Islam dalam pelbagai urusan masyarakat secara membina dan harmonis;
  • Pengharapan kepada umat Islam bahawa IMR akan kekal dipelihara tanpa bersifat aniaya terhadap masyarakat bukan Islam.

Semoga segala Visi dan Misi yang terkandung ini dapat membetulkan segala dakyah yang selama ini telah terpesong. Insya Allah, JATI akan bersama-sama masyarakat sekaligus menjadikan masyarakat itu sendiri saksi kepada apa yang diperjuangkan selama ini.